Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Gentari Malaysia aktifkan pusat pengecasan pertama di Thailand dengan kerjasama Evolt
  • BISNES

Gentari Malaysia aktifkan pusat pengecasan pertama di Thailand dengan kerjasama Evolt

Utusan Sarawak 2 years ago
Shah (tiga, kiri) bersama Loharjun (dua, kiri) pada majlis memeterai MoU antara Gentari dan Evolt.

KUALA LUMPUR: Syarikat tenaga bersih Malaysia, Gentari Sdn Bhd, melalui anak syarikatnya, Gentari Green Mobility Sdn Bhd dan pembekal infrastruktur pengecasan kenderaan elektrik (EV) yang berpangkalan di Bangkok, Evolt Technology Company Limited (Evolt) telah mengaktifkan pusat pengecasan EV pemasangan bersama pertama mereka di Bangkok, Thailand.

Pemasangan pusat pengecasan baharu itu susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Gentari dan Evolt pada awal tahun ini.

Kerjasama itu akan menyaksikan kedua-dua syarikat bekerjasama untuk meneroka bidang baharu dalam pembangunan bersama dan pelaburan bersama dalam perluasan infrastruktur pengecasan EV serta potensi mobiliti hijau dan penyelesaian tenaga bersih yang lain di Asia Tenggara.

Ketua Pegawai Mobiliti Gentari Shah Yang Razalli berkata kerjasama dengan Evolt sebagai “mengujakan, berikutan mereka memanfaatkan kepimpinan pasaran mereka untuk memacu usaha pertama Gentari dalam pembangunan infrastruktur serantau di Asia Tenggara.” 

“Matlamat utama kami ialah memperkukuh rangkaian mobiliti hijau kami dalam pasaran utama di Asia Pasifik dan kerjasama ini memainkan peranan penting dalam mencapai matlamat itu selain memacu peralihan ke arah mobiliti mampan di rantau ini,” kata Shah dalam kenyataan bersama hari ini.

Ketua Pegawai Operasi Evolt Kanchalerm Earsakul berkata pelancaran stesen pengecasan Gentari melambangkan pencapaian penting dalam komitmen mereka untuk menyediakan pilihan pengecasan yang mudah, dipercayai dan mampan untuk pemilik kenderaan elektrik.

“Stesen ini adalah contoh terbaharu dedikasi kami terhadap inovasi dan kemampanan. Kami berbangga untuk menawarkan teknologi terkini dan perkhidmatan yang luar biasa kepada pelanggan kami,” kata Earsakul.

Rangkaian Evolt terdiri daripada lebih 10,000 pengecas arus ulang alik (AC) dan arus terus (DC) di 77 wilayah di Thailand. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarawak sasar hasil RM8 bilion eksport tahunan industri kayu
Next: Airbus sasar semua pesawat diperakui 100 peratus SAF menjelang 2030

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.