Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Geng pecah rumah tumpas
  • TEMPATAN

Geng pecah rumah tumpas

Utusan Sarawak 5 years ago
DITAHAN… Polis berjaya menahan tiga suspek yang aktif melakukan kes pecah rumah di Kabong

KABONG: Polis berjaya menumpaskan sekumpulan individu terlibat dalam kes pecah rumah yang aktif di daerah ini susulan dengan penahanan tiga suspek dalam satu serbuan yang dilakukan dekat sini semalam.

Kejayaan tangkapan itu membawa kepada penyelesaian beberapa siri kes pecah rumah sekitar Daerah Kabong, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden (DSP) Mordani Tanin berkata, kejayaan itu adalah hasil satu serbuan dilakukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

“Bertindak di atas maklumat, pada 18 Jun sekitar 11.45 pagi hingga 5.30 petang, sepasukan polis JSJ IPD Saratok menahan dan menangkap  tiga suspek yang aktif terlibat dalam kes pecah rumah bertempat di sekitar kawasan Kampung di Kabong.

“Hasil soal siasat awal mendapati ketiga-tiga suspek mendedahkan semua barang yang ditemui dicuri membabitkan satu laporan baru-baru ini.,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada media dekat sini semalam.

Mordani berkata, polis turut menemui semua barang curi seperti generator Motoyama, dapur memasak, silinder gas dan enam kipas pelbagai jenama.

“Semua barang-barang kes yang terlibat kemudiannya telah dirampas. Tangkapan dan rampasan dibawa ke Balai Polis Kabong untuk tindakan lanjut.

“Suspek yang masing-masing berusia 35, 36 dan 39 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 117 KPJ dan akan direman hari ini (semalam),” tegas beliau.

Mordani berkata, salah seorang daripada suspek iaitu yang berusia 39 tahun mempunyai rekod jenayah lampau bersabit kesalahan di bawah Seksyen 15(1) ADB 1956.

“Semua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah,” katanya.

Oleh Adi Safarman

Continue Reading

Previous: Pusat Penjaja Jubli Perak, Lundu siap 9 bulan lagi
Next: Lelaki tidur di atas jalan raya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.