Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • ‘Geng Dexter’ tumpas, polis berjaya selesaikan  15 kes curi kabel
  • JENAYAH

‘Geng Dexter’ tumpas, polis berjaya selesaikan  15 kes curi kabel

Utusan Sarawak 7 months ago
POLIS turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan oleh suspek.

SIBU: Dengan tumpasnya ‘Geng Dexter’ polis berjaya menyelesaikan sebanyak 15 kes curi kabel di menara pencawang Telko sekitar Sibu melibatkan nilai kerugian mencecah RM45,000.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Zulkipli Suhaili berkata, kumpulan ini terdiri daripada tiga lelaki berumur 28 hingga 40 tahun, mula bergiat aktif mencuri kabel semenjak awal 2024.

Menurutnya, modus operandi ahli kumpulan ini adalah menyasarkan menara pencawang telekomunikasi di kawasan terpencil, mencuri kabel serta komponen bateri, kemudian menjualnya untuk mendapatkan hasil.

“Ketiga-tiga suspek berjaya ditangkap hasil daripada beberapa siri serbuan bermula pada 3 hingga 4 Oktober lalu dan masih di dalam tahanan reman untuk siasatan lanjut,” katanya menerusi siaran media, hari ini.

Katanya, hasil semakan mendapati kesemua suspek mempunyai pelbagai rekod jenayah lampau melibatkan jenayah harta benda dan penyalahgunaan dadah.

“Kesemua suspek yang terlibat disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” tegasnya.

Zulkipli berkata, pihak polis mengucapkan jutaan terima kasih kepada orang ramai khususnya masyarakat Sibu atas kerjasama dan maklumat yang disalurkan hingga tertumpasnya kumpulan penjenayah ini.

Oleh Akun Giman

Tags: Jenayah & Mahkamah

Continue Reading

Previous: KDN sahkan seorang anggota polis ditahan kes tembakan di Song
Next: Warga asing menyamar jadi atlet masuk Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.