Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan sehingga 31 Mei ini
  • GLOBAL

Gencatan senjata di Myanmar dilanjutkan sehingga 31 Mei ini

Utusan Sarawak 2 weeks ago
ORANG ramai memadamkan kebakaran di sebuah bangunan yang musnah akibat pengeboman oleh tentera Myanmar di Perbandaran Thabeikkyin, Wilayah Mandalay. FotoAFP

ISTANBUL: Kerajaan tentera telah melanjutkan tempoh gencatan senjata terhadap kumpulan bersenjata etnik di Myanmar sehingga akhir Mei, di tengah-tengah usaha untuk menangani kesan gempa bumi yang melanda negara itu pada 28 Mac lepas, lapor Anadolu Ajansi (AA) memetik laporan media kerajaan.

Panglima Angkatan Tentera Myanmar memaklumkan tempoh gencatan senjata sementara itu akan dilanjutkan dari 6 Mei hingga 31 Mei.

Beliau berkata angkatan tentera “terus melanjutkan gencatan senjata sementara bagi menyokong sepenuhnya usaha bantuan bencana dan kerja-kerja pembinaan semula, melindungi kepentingan negara serta membantu mewujudkan keamanan sebenar dan berkekalan serta kestabilan negara.”

Myanmar dilanda gempa bumi kuat pada 28 Mac, meragut hampir 3,800 nyawa dan menyebabkan puluhan ribu penduduk kehilangan tempat tinggal.

Gempa bumi itu turut menggegarkan negara jiran Thailand, yang mencatatkan sekurang-kurangnya 86 kematian manakala 14 lagi masih hilang.

Berikutan kejadian itu, kerajaan tentera mengisytiharkan gencatan senjata pada 2 April dan gencatan itu kemudiannya dilanjutkan. – Bernama – Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Trump dikatakan curi idea filem ‘Escape from Alcatraz’
Next: Rusia, Ukraine saling bertukar 205 tawanan perang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.