Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah – Ketua Pengarah WHO
  • GLOBAL

Gencatan senjata di Gaza penting demi tamatkan pertumpahan darah – Ketua Pengarah WHO

Utusan Sarawak 1 year ago

GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus (gambar) semalam berkata “tanpa gencatan senjata, keamanan tidak akan wujud” ketika menyentuh mengenai situasi di Gaza.

Beliau membuat kenyataan itu semasa ucapan penutup pada sesi khas lembaga eksekutif WHO, di mana satu resolusi diterima pakai, menegaskan bahawa “semua pihak terlibat dalam konflik bersenjata mesti mematuhi kewajipan yang dikenakan ke atas mereka di bawah undang-undang kemanusiaan antarabangsa berkaitan dengan perlindungan orang awam dan kakitangan perubatan.”

Lembaga eksekutif sebulat suara menerima pakai resolusi yang membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza, menekankan keutamaan kesihatan sejagat dan peranan perkhidmatan kesihatan serta bantuan kemanusiaan ke arah perdamaian meskipun dalam situasi mencabar, lapor Agensi Anadolu.

Resolusi itu menyeru penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza dengan “kadar segera, berterusan dan tanpa halangan,” termasuk akses untuk kakitangan perubatan.

Tedros mendesak semua negara anggota khususnya yang mempunyai pengaruh untuk bekerjasama dalam menamatkan konflik di Gaza secepat mungkin. – Bernama – Anadolu

Continue Reading

Previous: Flu, jangkitan Covid semakin meningkat di Amerika Syarikat
Next: Donald Tusk dipilih sebagai Perdana Menteri Poland

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.