Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Genap 8 tahun, Sukan Muaythai semakin mendapat sambutan golongan belia
  • SUKAN

Genap 8 tahun, Sukan Muaythai semakin mendapat sambutan golongan belia

Utusan Sarawak 7 months ago

KUCHING: Sukan Muaythai dapat melahirkan lebih ramai golongan belia berpotensi tinggi susulan sambutan yang memberangsangkan di Sarawak.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Karim Rahman Hamzah berkata, bangunnya sukan seperti muaythai seperti cendawan tumbuh selepas hujan telah membuktikan bahawa rakyat Sarawak minat akan sukan tersebut.

Jelasnya lagi, sukan muaythai telah genap 8 tahun dimainkan di negeri ini pada Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang lepas.

“Dalam jangka masa singkat, sukan ini dapat menarik minat para belia Sarawak untuk menyertainya.

“Sarawak turut membuktikan bahawa pada sukan muaythai semasa sukan sukma yang lepas juga boleh menjadi juara keseluruhan dengan  merangkul lima (5) pingat emas, empat (4) perak dan satu (1) gangsa,” katanya.

Ujarnya, ini adalah pencapaian terbaik yang dapat dilihat untuk muaythai dalam SUKMA.

Beliau berkata demikian berucap merasmikan Kejohanan Sukan Muaythai Piala Tuan Yang Terutama (TYT) di Panggung Udara Kuching, malam tadi.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan terima kasih kepada Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) di bawah kepimpinan Presidennya Jumaat Ibrahim yang tidak pernah berhenti melaksanakan pelbagai kejohanan baik di peringkat tempatan, kebangsaan mahupun antarabangsa setiap tahun.

“Inilah semangat dan dedikasi yang kementerian saya perlukan dari setiap persatuan sukan, sentiasa meletakkan kepentingan pembangunan sukan di hadapan berbanding kepentingan persatuan itu sendiri,” katanya.

Tambahnya, kejohanan seperti ini sangat penting sebagai pendedahan kepada atlet-atlet muda kita untuk menimba pengalaman kerana mereka berpeluang bersaing dengan peserta dari luar negara.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa penglibatan dalam kejohanan seperti inilah kita dapat melahirkan atlet-atlet muaythai yang terkemuka dan mampu bersaing hingga ke peringkat antarabangsa seperti Mohamad Johan Ghazali atau Jojo.

“Sudah tentu kita mahu melahirkan ramai lagi ‘Jojo’ dan dengan adanya platform kejohanan seperti ini, saya percaya misi itu dapat kita realisasikan” katanya

Justeru, beliau memberitahu bahawa kementeriannya akan sentiasa menyokong penganjuran kejohanan seperti ini kerana ia mampu membangunkan bakat-bakat atlet kita.

Selain itu, Karim Hamzah berkata dalam masa sama, penganjuran kejohanan antarabangsa seperti ini sangat membantu dalam mempromosi Sarawak kepada pengunjung-pengunjung dari negara luar.

“Ini sudah tentu akan membantu membawa pulangan ekonomi kepada pemain-pemain industri pelancongan, perhotelan, pengangkutan, makanan dan sebagainya.”ujarnya lagi.

Oleh Noor Ikmal

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Alisson, Mac Allister cedera, berita sedih buat Liverpool
Next: Piala Senator Dato’ Ahmad Ibrahim platform orang ramai serlah bakat dalam boling

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.