Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi ragut 126 nyawa, 188 orang cedera
  • GLOBAL

Gempa bumi ragut 126 nyawa, 188 orang cedera

Utusan Sarawak 4 months ago

LHASA: Seramai 126 orang disahkan terkorban manakala 188 lagi cedera setakat 7.09 malam tadi, susulan gempa bumi bermagnitud 6.8 yang melanda Daerah Dingri di Wilayah Autonomi Xizang, barat daya China, pagi semalam, lapor Xinhua.

Kementerian Keselamatan Awam China segera melancarkan langkah tindak balas bencana, menggerakkan pasukan polis tempatan untuk operasi menyelamat, mengawal lalu lintas, dan memastikan keselamatan awam berikutan gempa bumi itu.

Pusat arahan kecemasan wilayah itu mengumumkan semalam bahawa tindak balas kecemasan gempa bumi di Xizang telah dinaikkan ke Tahap I, tahap tertinggi.

Sementara itu, China turut mengerahkan beberapa satelit penderiaan jauh untuk merakam imej kawasan terjejas.

Lapan satelit, termasuk siri Gaofen dan satelit pemantauan ekosistem karbon daratan, digerakkan untuk memantau kawasan berkenaan, menurut Pusat Data dan Aplikasi Satelit Sumber China.

Gempa bumi itu berlaku pada 9.05 pagi (Waktu Beijing), dengan pusat gempa terletak di kawasan Perbandaran Tsogo, Daerah Dingri, Bandar Xigaze. Sebanyak 27 kampung dengan kira-kira 6,900 penduduk berada dalam lingkungan 20 kilometer dari pusat gempa. Data rasmi menunjukkan Daerah Dingri mempunyai populasi lebih 61,000 orang.

Lebih 3,400 penyelamat dan 340 petugas perubatan telah dikerahkan ke kawasan bencana, menurut sidang media mengenai gempa bumi itu.

Ramalan cuaca menunjukkan keadaan cuaca cerah di Dingri dalam tempoh tiga hari akan datang, dengan suhu minimum antara -18 hingga -14 darjah Celsius.

Pihak berkuasa pusat China telah menghantar kira-kira 22,000 item bantuan bencana ke wilayah terjejas, termasuk khemah kapas, pakaian musim sejuk, selimut, dan katil lipat, selain bahan bantuan khas untuk kawasan beraltitud tinggi dan bersuhu dingin. – Bernama -Xinhua

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Dua mayat ditemukan di bahagian gear pendaratan pesawat
Next: AI bantu pekerja, bukan gantikan mereka – Gary Shapiro

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.