Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi magnitud 5.6 landa selatan Filipina
  • GLOBAL

Gempa bumi magnitud 5.6 landa selatan Filipina

Utusan Sarawak 3 weeks ago

MANILA: Satu gempa bumi magnitud 5.6 berlaku di luar pesisir selatan Filipina hari ini, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), namun setakat ini tiada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.

USGS memaklumkan bahawa gempa itu berlaku berhampiran pulau Mindanao pada kedalaman 30 kilometer (km).

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina melaporkan pusat gempa terletak kira-kira 43km di barat daya bandar Maitum, iaitu kawasan pergunungan dan kurang penduduk.

Pihak berkuasa tempatan berkata, siasatan awal menunjukkan gempa itu tidak menyebabkan kerosakan besar.

“Gegaran itu kuat tetapi hanya berlaku sekejap. Kami membuat pemeriksaan dan tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan,” kata pegawai bomba Maitum, Gilbert Rolifor.

Filipina terletak di kawasan ‘Lingkaran Api Pasifik’, iaitu zon yang sering mengalami gempa bumi dan letusan gunung berapi, dari Jepun ke Asia Tenggara hingga ke seluruh kawasan Pasifik.

Gempa bumi sering berlaku di negara itu, kebanyakannya terlalu lemah untuk dirasai. 

Namun, gempa kuat yang memusnahkan boleh berlaku pada bila-bila masa kerana sehingga kini, belum ada teknologi yang mampu meramalkan bila dan di mana ia akan berlaku. – AFP

Continue Reading

Previous: Anak Maradona beritahu mahkamah, kematian ayahnya boleh dielakkan 
Next: Haji 2025: Arab Saudi aktifkan sistem dalam talian untuk permit masuk Makkah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.