KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 6.54 petang tadi.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 2.9 darjah utara dan 98.8 darjah timur, dengan kedalaman 154 kilometer (km).
Gempa bumi itu berada pada jarak 37 km barat daya dari Permatang Siantar.
Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia, namun tiada ancaman tsunami kepada negara. – Bernama




