Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi gegarkan timur laut Taiwan
  • GLOBAL

Gempa bumi gegarkan timur laut Taiwan

Utusan Sarawak 5 years ago
GEMPA tersebut berpusat di perairan tidak jauh dari daerah Yilan kira-kira 39.4 kilometer di timur laut Pejabat Daerah Yilan, dan berlaku pada kedalaman 106.5 km.

TAIPEI: Gempa berskala 5.9 pada skala Richter menggegarkan timur laut Taiwan pada 12.37 tengah hari pada Rabu, Agensi Berita Pusat (CNA) Taiwan melaporkan menurut Pusat Biro Cuaca.

Gempa tersebut berpusat di perairan tidak jauh dari daerah Yilan kira-kira 39.4 kilometer di timur laut Pejabat Daerah Yilan, dan berlaku pada kedalaman 106.5 km, kata biro Pusat Seismologi itu.

Kekuatan gempa tertinggi, yang mengukur kekuatan sebenar gegaran, berlaku di daerah Hsinchu , iaitu pada skala empat mengikut skala kekuatan tujuh peringkat Taiwan.

Sementara gempa di Yilan, Taipei Hualien, New Taipei, Taoyuan, Miaoli dan Yunlin pada tahap tiga, kata biro tersebut.

Tiada sebarang laporan terkini mengenai kerosakan atau kecederaan. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sudan Selatan teruk dilanda banjir
Next: AFPThailand terima pelancong dari China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.