Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Gempa Bumi di Turkiye: Pasukan SMART kedua tiba di Istanbul
  • NASIONAL

Gempa Bumi di Turkiye: Pasukan SMART kedua tiba di Istanbul

Utusan Sarawak 2 years ago

Pasukan MAS-10 di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) terdiri daripada Pasukan SMART, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia mengangkat pertalatan setibanya di Pusat Operasi MAS-10 di Nurda? awal pagi ini. Pasukan tersebut melakukan operasi mencari dan meneyamat di kawasan gempa berukuran 7.8 skala Richter melanda Kahramanmaras, wilayah selatan Turkiye, pada jam 4.17 pagi (waktu tempatan) Isnin lalu, yang turut menjejaskan beberapa kawasan di Syria. FotoBERNAMA

ISTANBUL: Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua yang dihantar ke Turkiye semalam, selamat tiba di Lapangan Terbang Istanbul di sini pada 11.00 pagi, semalam (6.00 pagi waktu tempatan).

Ketibaan pasukan penyelamat kedua di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu disambut oleh Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal.

Pasukan yang merangkumi 72 anggota daripada SMART serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) itu berlepas ke Turkiye tengah malam semalam (waktu Malaysia) menaiki penerbangan Turkish Airline untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi di negara itu.

Turut menyertai pasukan berkenaan ialah tiga pengamal media iaitu dua petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan jurukamera Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pasukan berkenaan kemudian dijadual akan menaiki penerbangan kedua ke Gaziantep yang terletak 1,136 kilometer dari Istanbul.

Pada 6 Februari lepas, Malaysia menghantar pasukan pertama SMART yang terdiri daripada pasukan perubatan daripada Kor Kesihatan Diraja (KKD) serta Unit K9 JBPM dan pasukan khas bahan kimia berbahaya (Hazmat) bagi membantu misi SAR gempa bumi di selatan Turkiye sebagai tanda solidariti.

Gempa bumi besar berukuran 7.8 pada skala Richter melanda selatan Turkiye dan barat laut Syria pada Isnin lepas telah meragut beribu nyawa di Turkiye dan Syria. Kesan gegaran gempa itu dilaporkan turut dirasai di Cyprus dan Lubnan.

Angka kematian akibat gempa bumi dahsyat di selatan Turkiye meningkat kepada sekurang-kurangnya 7,108 orang manakala jumlah mangsa yang cedera ialah 40,910 orang setakat ini.

Turkiye pada Selasa mengisytiharkan darurat selama tiga bulan di 10 wilayah iaitu Adana, Adıyaman, Diyarbakir, Gaziantep, Hatay, Kahramanmaras, Kilis, Malatya, Osmaniye dan Sanliurfa bagi memastikan misi SAR berjalan lancar. – Bernama

Continue Reading

Previous: Inisiatif Menu Rahmah tarik minat sektor lain
Next: Kertas Putih perolehan vaksin Covid-19 teliti tatacara perolehan – Dr Zaliha

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.