Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi bermagnitud 7.5 landa selatan Chile, amaran tsunami dikeluarkan
  • GLOBAL

Gempa bumi bermagnitud 7.5 landa selatan Chile, amaran tsunami dikeluarkan

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GEMPA bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda zon maritim selatan Chile.

SANTIAGO: Gempa bumi kuat bermagnitud 7.5 melanda zon maritim selatan Chile hari ini, mencetuskan amaran tsunami di Wilayah Magallanes, lapor agensi berita Xinhua.

Pusat Seismologi Nasional Universiti Chile memaklumkan gempa itu berlaku pada 8.58 pagi waktu tempatan (1258 GMT), dengan pusat gempa terletak 218 kilometer di selatan Puerto Williams – bandar paling selatan di negara itu, kira-kira 3,500 kilometer dari ibu negara Santiago.

Gegaran pada kedalaman 10 kilometer itu turut dirasai di kawasan sekitar, menurut pihak berkuasa.

Perkhidmatan Pencegahan dan Tindak Balas Bencana Negara Chile (SENAPRED) berkata penilaian kerosakan sedang dijalankan, manakala Perkhidmatan Hidrografi dan Oseanografi Tentera Laut Chile (SHOA) mengeluarkan amaran tsunami dan menggesa penduduk di kawasan pantai Wilayah Magallanes dan Wilayah Antartika Chile berpindah ke kawasan selamat serta menjauhi pantai.

Chile, yang terletak di Lingkaran Api Pasifik, merupakan antara negara paling aktif dari segi seismik di dunia. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Kapal guna kuasa bateri terbesar di dunia dilancarkan
Next: 653 mangsa gempa bumi di Myanmar diselamatkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.