Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gempa bumi 6.2 gegarkan Istanbul, cetus panik meluas
  • GLOBAL

Gempa bumi 6.2 gegarkan Istanbul, cetus panik meluas

Utusan Sarawak 3 weeks ago
GEMPA bumi berlaku pada 12.49 tengah hari waktu tempatan (0949 GMT) dan gegaran kuat dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah berdekatan.

ISTANBUL: Gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye pada Rabu dengan pusat gempa terletak di Daerah Silivri, Istanbul, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), lapor Agensi Anadolu (AA).

Gempa bumi berlaku pada 12.49 tengah hari waktu tempatan (0949 GMT) dan gegaran kuat dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah berdekatan, menyebabkan penduduk panik dan keluar meninggalkan bangunan.

Satu lagi gegaran susulan berukuran dengan magnitud 4.9 direkodkan pada 1.02 tengah hari (1002 GMT) dengan pusatnya terletak di luar pesisir Buyukcekmece di Laut Marmara.

AFAD memaklumkan bahawa semua agensi berkaitan dan pasukan tindak balas telah digerakkan, dengan penilaian di lapangan sedang dijalankan bagi menilai kerosakan dan memastikan keselamatan awam.

Pihak berkuasa menegaskan bahawa pemantauan rapi sedang dijalankan dan tindakan kecemasan sedang diselaraskan.

Setakat ini, tiada laporan segera mengenai kematian atau kerosakan besar.

Presiden Türkiye Recep Tayyip Erdoğan dalam kenyataan berkata pihak berkuasa sedang memantau perkembangan dengan teliti. -Bernama-Anadolu

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Singapura bersiap hadapi PRU2025, hari penamaan bermula hari ini
Next: Empat panda akan kembali ke China dari zoo Jepun pada Jun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.