Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Gelombang haba landa Bangladesh, empat kematian dilaporkan
  • GLOBAL

Gelombang haba landa Bangladesh, empat kematian dilaporkan

Utusan Sarawak 5 hours ago
GELOMBANG haba yang ekstrem menyebabkan empat kematian akibat strok haba di Bangladesh. Foto: AGENSI

DHAKA: Jabatan Meteorologi Bangladesh semalam memaklumkan gelombang haba yang menjejaskan sebahagian besar negara itu dijangka berlarutan. Angka kematian disyaki akibat strok haba meningkat kepada empat dalam tempoh empat hari lepas, lapor Xinhua.

Jabatan Meteorologi Bangladesh (BMD) memaklumkan gelombang haba itu menjejaskan enam daripada lapan bahagian pentadbiran negara berkenaan, termasuk ibu negara Dhaka.

Ahli meteorologi di Pusat Amaran Ribut BMD, Abdul Hamid memberitahu Xinhua bahawa terdapat kemungkinan gelombang haba hingga tahap ekstrem berlaku pada akhir bulan ini, dengan suhu maksimum mencecah sehingga 40 darjah Celsius di beberapa kawasan.

Di Dhaka, suhu meningkat kepada 36.8 darjah Celsius semalam.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, bencana alam seperti banjir dan gelombang haba akibat cuaca ekstrem susulan perubahan iklim menyebabkan Bangladesh yang mempunyai kira-kira 170 juta penduduk lebih kerap dilanda bencana berbanding kebiasaan.

Pakar berkata gelombang haba berkemungkinan menjadi lebih teruk pada tahun-tahun akan datang disebabkan taburan hujan yang tidak menentu dan suhu tinggi, sekali gus memberi ancaman kepada Bangladesh, antara negara yang paling terjejas akibat pemanasan global. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Tiga maut dihempap kren di India
Next: Beruang serang empat individu lolos dari kilang di Fukushima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.