Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gelaran ‘Raja Sungai’ jadi rebutan 30 pasukan pada Regata Sejijak 2024
  • TEMPATAN

Gelaran ‘Raja Sungai’ jadi rebutan 30 pasukan pada Regata Sejijak 2024

Utusan Sarawak 11 months ago
PENGERUSI Pengelola, Hamdan Sahari berkata, edisi kali ini mendapat penyertaan terbanyak yang merangkumi 17 pasukan bagi kategori tertutup dan 13 pasukan bagi kategori terbuka. FotoHERRIEY NAHA

KUCHING: Sebanyak 30 pasukan memburu gelaran ‘Raja Sungai’ pada Regata Sejijak 2024 yang menawarkan hadiah wang tunai RM30,000 di Sungai Kampung Sejijijak, hari ini hingga Ahad ini. 

Kejohanan yang sudah memasuki edisi ke-14 ini menawarkan hadiah wang tunai RM20,000 bagi ‘Raja Sungai’ Terbuka manakala ‘Raja Sungai’ Tertutup akan membawa pulang RM15,000. 

Pengerusi Pengelola, Hamdan Sahari berkata, edisi kali ini mendapat penyertaan terbanyak yang merangkumi 17 pasukan bagi kategori tertutup dan 13 pasukan bagi kategori terbuka. 

“Setiap acara saringan, kita akan memilih lima pasukan terbaik untuk layak ke pusingan akhir. 

“Selain itu, laluan bagi Regata Sejijak edisi kali ini adalah sejauh 2.8 Kilometer (Km).

“Harapan saya untuk edisi seterusnya, dapat menerima lebih banyak penyertaan penggemar-penggemar sukan Regata di Bumi Kenyalang dan berharap orang ramai datang untuk memberi sokongan. 

“InshaAllah, kami akan menambah baik fasiliti yang ada di sini pada masa akan datang,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita Utusan Sarawak pada Regata Sejijak 2024 di Jeti Kampung Sejijak di sini, hari ini.

Dalam pada itu, acara ini merupakan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sejijak dengan kerjasama Ranting PBB P.194 Petra Jaya dan Ranting PBB DUN N.6 Tupong. 

Timbalan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya Dato Sri Fadillah Yusof dijangka akan hadir bagi menyempurnakan majlis penangguhan Regata Sejijak 2024 pada Ahad ini. 

Untuk rekod, pasukan Sinaran Ratu Siska merupakan ‘Raja Sungai’ Regata Sejijak bagi edisi 12 dan 14. 

Oleh Mohd Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: MOTAC disaran pertimbang sebarang keputusan berkaitan MM2H
Next: Sebuah mesin hemodialisis tambahan untuk Hospital Serian

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.