Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Gangguan air tidak berjadual, air keruh jejas penduduk Jalan Song dan Stutong
  • Selatan
  • WILAYAH

Gangguan air tidak berjadual, air keruh jejas penduduk Jalan Song dan Stutong

Utusan Sarawak 3 hours ago
SITUASI air paip keruh dialami penduduk susulan paip utama pecah di kawasan BDC, Kuching.

KUCHING: Penduduk di sekitar Jalan Song, Jalan Stutong dan kawasan berhampiran sekali lagi berdepan gangguan bekalan air susulan notis gangguan tidak berjadual yang dikeluarkan oleh Sarawak Water Sdn Bhd (Wilayah Selatan).

Gangguan berkenaan berlaku hari ini dari 2.00 petang hingga 8.00 malam. Menurut pihak utiliti, ia berpunca daripada kerja pembaikan paip utama besi mulur berdiameter 400 milimeter yang pecah akibat kerja pihak ketiga berkaitan projek Sistem Pengangkutan Bandar Kuching (KUTS) di bulatan BDC.

Antara kawasan terjejas termasuk Galacity, rumah kedai Golden Chayi, rumah kedai Rimbunan Hijau, Jalan Durian Burung serta kawasan perumahan sekitar BDC.

Sementara itu, sejak pagi tadi, penduduk di Jalan Song turut mengadu bekalan air paip bertukar keruh, sekali gus menjejaskan aktiviti harian seperti memasak dan kerja rumah.

Seorang suri rumah mendakwa kejadian sama pernah berlaku sebelum ini dan menyuarakan kebimbangan terhadap masalah yang berulang. Beliau turut menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan serta mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu berkenaan.

Seorang pemilik kedai pula berharap langkah jangka panjang dapat dilaksanakan bagi mengelakkan kejadian berulang, memandangkan gangguan tersebut menjejaskan operasi perniagaan.

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sarawak fokus institusi keluarga tingkat kesejahteraan sosial
Next: Hanifah hulur RM15,000 bantu keluarga mangsa kebakaran Kampung Bunut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.