Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Gambeh Sungkei Ibraco agih 1,000 bubur lambuk, 500 nanas
  • TEMPATAN

Gambeh Sungkei Ibraco agih 1,000 bubur lambuk, 500 nanas

Utusan Sarawak 2 months ago
DATO Idris Buang menyerahkan bubur lambuk semasa menyempurnakan Program Gambeh Sungkei Ibraco, hari ini. Foto UKAS

KOTA SAMARAHAN: Sebanyak 1,000 pek bubur lambuk dan 500 buah nanas diagihkan dalam satu majlis sempena Program Gambeh Sungkei Ibraco Bersama Komuniti Desa Ilmu di sini.

Sumbangan itu merupakan inisiatif Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) Sarawak bagi menyemarakkan semangat Ramadan serta membantu masyarakat setempat. Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Dato’ Idris Buang,

Dalam ucapannya, Idris yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang menzahirkan penghargaan kepada LPNM Sarawak atas usaha mereka dalam membantu komuniti.

“Inisiatif sebegini bukan sahaja meringankan beban golongan yang memerlukan, malah memperkukuhkan silaturahim dalam kalangan masyarakat,” katanya.

DATO Idris Buang semasa menghadiri Program Gambeh Sungkei Ibraco, hari ini. Foto UKAS

Selain itu, sumbangan 500 buah nanas turut diberikan sebagai simbol kepada kepentingan industri nanas yang semakin berkembang di Sarawak sebagai salah satu hasil pertanian utama negeri ini.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah Kanan Projek Ibraco Anthony Kong, Pengerusi Masjid Darul Ulum Taman Desa Ilmu Mohammad Bakri Ahing serta wakil-wakil LPNM Sarawak. – UKAS

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pakaian raya baharu untuk 50 kanak-kanak asnaf
Next: Platform tingkatkan hubungan agensi kerajaan, masyarakat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.