Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Gadang kemukakan bidaan projek ECRL
  • BISNES

Gadang kemukakan bidaan projek ECRL

Utusan Sarawak 5 years ago
NILAI kontrak Gadang ialah RM1.6 bilion, diperoleh daripada tender ECRL, hospital dan bangunan.

KUALA LUMPUR: Gadang Holdings Bhd menjangka mengemukakan bidaan untuk Seksyen Tujuh dan Lapan projek (Seksyen B) Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dalam tempoh terdekat ini.

RHB Research Institute dalam nota penyelidikannya berkata, bidaan itu mungkin merangkumi bidang kerja yang serupa dengan nilai kontrak RM100 juta untuk setiap pakej.

Sehingga Mei 2020, nilai kontrak Gadang ialah RM1.6 bilion, diperoleh daripada tender ECRL, hospital dan bangunan.

Gadang juga baru-baru ini mengumumkan dua kontrak yang diperolehnya untuk tahun kewangan 2020, melibatkan pembinaan dan penyiapan kerja-kerja bawah tanah serta saliran untuk ECRL.

Kedua-dua kontrak itu dibida pada bulan Mac dengan nilai keseluruhan RM82 juta, kata firma penyelidikan itu.

Sementara itu, Gadang berharap dapat mencapai kadar kemajuan yang lebih baik selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana sekatan itu telahpun dikurangkan secara beransur-ansur.

Projek pembinaan utamanya merangkumi kerja-kerja yang berkaitan untuk pembangunan Mass Rapid Transit Line 2 (MRT2), Tun Razak Exchange dan Hospital Cyberjaya.

“Di antara projek yang disebutkan itu, MRT2 merupakan kontrak paling ketara bernilai RM400 juta,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Malaysia kekal berdaya saing
Next: Industri hotel hadapi tempoh pemulihan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.