LIBREVILLE (Gabon): Gabon kini merekodkan peningkatan kes influenza bermusim selain negara itu baru-baru ini melaporkan 25 kes jangkitan Covid-19, kata Menteri Kesihatan dan Hal Ehwal Sosial Gabon, Adrien Mougougou pada Rabu dalam satu kenyataan.
“Sejak awal Oktober 2023, kami telah menyaksikan peningkatan kes influenza,” kata menteri itu.
Beliau mengumumkan pengaktifan semula unit tindak balas epidemik dan menyeru rakyat supaya berwaspada, lapor Xinhua.
Sejumlah 5,964 kes influenza bermusim dilaporkan dalam tempoh dari 6 Oktober lepas hingga 9 November lepas.
Beliau berkata daripada 25 kes Covid-19, lima pesakit kini dirawat di hospital.
Semua kes terbabit dikesan di ibu negara Libreville dan kawasan sekitar.
Ujian pantas Covid-19 juga disediakan di semua kemudahan kesihatan utama di seluruh negara. – Bernama – Xinhua