Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Fisioterapi bantu jemaah haji kekal cergas hadapi masyair
  • GLOBAL

Fisioterapi bantu jemaah haji kekal cergas hadapi masyair

Utusan Sarawak 3 hours ago
PERKHIDMATAN fisioterapi yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) kini menjadi antara sokongan penting dalam membantu jemaah haji Malaysia kekal cergas dan bersedia menghadapi kemuncak ibadah iaitu masyair antara 8 hingga 13 Zulhijah. Jurupulih Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor Azlinda Abdul Hamid berkata kebanyakan jemaah yang mendapatkan rawatan mengalami sakit otot dan kekejangan akibat terlalu banyak berjalan, terutama ketika melaksanakan tawaf dan sai. Menurut Azlinda, golongan warga emas merupakan antara paling ramai mendapatkan rawatan dengan jumlah pesakit mencecah 20 hingga 30 orang setiap hari.

MAKKAH: Perkhidmatan fisioterapi yang disediakan Lembaga Tabung Haji (TH) kini menjadi antara sokongan penting dalam membantu jemaah haji Malaysia kekal cergas dan bersedia menghadapi kemuncak ibadah iaitu masyair antara 8 hingga 13 Zulhijah.

Jurupulih Perubatan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor Azlinda Abdul Hamid berkata kebanyakan jemaah yang mendapatkan rawatan mengalami sakit otot dan kekejangan akibat terlalu banyak berjalan, terutama ketika melaksanakan tawaf dan sai.

Menurut Azlinda, golongan warga emas merupakan antara paling ramai mendapatkan rawatan dengan jumlah pesakit mencecah 20 hingga 30 orang setiap hari.

“Perjalanan jauh menaiki pesawat dan bas sebelum meneruskan aktiviti berjalan kaki tanpa rehat menjadi antara punca utama kesakitan otot dalam kalangan jemaah.

“Tubuh berubah secara mengejut daripada keadaan berehat kepada aktif bekerja dan keadaan itu menyebabkan otot mudah mengalami kekejangan,” katanya kepada pemberita di sini semalam. 

Azlinda berkata rawatan fisioterapi yang diberikan lebih tertumpu kepada senaman regangan berbanding urutan bagi membantu mengembalikan fleksibiliti otot serta mengurangkan kesakitan.

“Kira-kira 80 peratus jemaah menunjukkan pemulihan yang baik hanya melalui senaman yang diajar tanpa memerlukan rawatan susulan,” katanya.

Azlinda turut menasihatkan jemaah supaya tidak memaksa diri dan menggunakan kerusi roda sekiranya tahap kesakitan terlalu tinggi.

Pasukan fisioterapi TH, katanya kini turut membuat persiapan masyair dengan membawa peralatan asas selain mengajar jemaah melakukan senaman mudah yang boleh dipraktikkan di bilik penginapan.

“Persediaan otot amat penting supaya jemaah dapat menguruskan kesakitan dengan baik dan menunaikan ibadah dengan lebih selesa,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Tesla panggil balik hampir 219,000 kenderaan di AS berhubung isu kamera pandang belakang
Next: Seorang maut, lima dirawat di hospital selepas makan cendawan hutan di Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.