Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Seorang maut, lima dirawat di hospital selepas makan cendawan hutan di Vietnam
  • GLOBAL

Seorang maut, lima dirawat di hospital selepas makan cendawan hutan di Vietnam

Utusan Sarawak 5 hours ago
SAMPEL cendawan telah diambil oleh Sub-Jabatan Keselamatan dan Kebersihan Makanan Wilayah Son La di lokasi berkaitan kejadian itu. Foto AGENSI

HANOI: Seorang maut manakala lima lagi dimasukkan ke hospital selepas memakan sup yang dimasak menggunakan cendawan hutan di Wilayah Son La, utara Vietnam, lapor Xinhua memetik laporan media tempatan VnExpress pada Khamis.

Menurut laporan itu, seramai 24 orang menghadiri satu majlis makan keluarga di Kampung Na Hien pada 2 Mei lepas, dengan enam daripada mereka kemudiannya memakan sup yang dimasak menggunakan cendawan yang dipetik dari hutan.

Menjelang 8.00 malam hari yang sama, kumpulan itu mula mengalami simptom termasuk sakit perut, muntah berulang kali dan cirit-birit.

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia selepas keadaannya merosot pada 4 Mei.

Laporan itu turut menyatakan empat daripada lima pesakit yang terselamat kini sedang menerima rawatan rapi di ibu negara Hanoi.

Pegawai kesihatan mengesyaki keracunan itu mungkin berpunca daripada cendawan putih maut yang mengandungi “amatoxin”, iaitu bahan toksik tinggi yang tidak akan musnah walaupun selepas dimasak.- B Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Fisioterapi bantu jemaah haji kekal cergas hadapi masyair
Next: xAI tidak lagi beroperasi sebagai syarikat berasingan – Musk

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.