Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Filem ‘Tegkang’ dengan penggambaran di Bario mula masuk pawagam esok
  • HIBURAN

Filem ‘Tegkang’ dengan penggambaran di Bario mula masuk pawagam esok

Utusan Sarawak 6 months ago

Sekitar majlis tayangan media filem 'Tegkang' di GSC CityONE Megamall, Kuching petang tadi. Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Filem ‘Tegkang’ yang dihasilkan oleh syarikat produksi MyContent Distribution Sdn Bhd bakal ditayangkan di pawagam bermula esok, 28 November.

Filem diilhamkan daripada kisah benar ini dibintangi pelakon tanah air dan pelakon tempatan iaitu Syafie Naswip yang membawa watak utama sebagai ‘Hanafi’ dan Michelle Lungan sebagai ‘Rinai’

Pengarahnya, Josh Nawan memberitahu idea untuk menghasilkan filem berkenaan tercetus berdasarkan pengalamannya sendiri dibesarkan di kawasan pedalaman.

“Sebenarnya, jalan cerita dalam filem Tegkang ini memang ada kaitan rapat dengan kisah tentang datuk saudara saya.

“Memandangkan saya membesar dengannya, jadi saya rasa kisahnya itu sangat menarik untuk diolah menjadi sebuah filem,” katanya.

Dalam pada itu, Josh memberitahu filem Tegkang mengisahkan hubungan antara seorang pelancong, Hanafi (Syafie) dengan seorang gadis tempatan iaitu Rinai (Michelle) kaum Kelabit yang dibesarkan di sebuah kampung di kawasan pedalaman di Bario.

Jelasnya, kehadiran Hanafi di kampung tersebut secara tidak sengaja telah membongkarkan satu rahsia yang tersimpan rapi sehingga mencetuskan sebuah kisah cinta yang menguji ikatan seluruh komuniti kampung berkenaan.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tayangan media filem ‘Tegkang’ di GSC CityONE Megamall, Kuching petang tadi.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif, Lyn Nasihin berkata, perkataan ‘Tegkang’ diambil daripada bahasa kaum Kelabit yang bermaksud ‘Pelangi’.

Menurutnya, keistimewaan filem ini ialah menggunakan 99 peratus pelakon tempatan dan penggambaran juga hampir keseluruhannya dilakukan di Bario

Tambah Lyn, filem Tegkang baru-baru ini telah memenangi Anugerah Juri di Festival Lift-Off yang dihoskan oleh Pinewood Studios UK.

Selain itu, filem ini turut dipilih sebagai Filem Penutup Festival Filem Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIFF) 2024.

Yang terbaharu, Tegkang turut menang beberapa kategori seperti Pelakon Wanita Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Terbaik dan Filem Cereka Terbaik di acara Borneo Arts And Creative Awards (BACA) 2024 yang berlangsung di Kuching pada September lalu.

“Ini merupakan satu penghormatan besar menunjukkan keupayaan filem untuk mendapat tempat dalam kalangan penonton tempatan dan antarabangsa,” katanya.

Oleh Noor Ikmal

Continue Reading

Previous: Tujuh pasangan berentap di Kemuncak Bintang P. Ramlee 2024
Next: Sufri Yusof bekas jurukamera, kini pempengaruh popular

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.