Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Filem Havoc Brothers Kathe Ille Parthekelam dapat sambutan hangat
  • HIBURAN

Filem Havoc Brothers Kathe Ille Parthekelam dapat sambutan hangat

Utusan Sarawak 8 months ago
FILEM Havoc Brothers Kathe Ille Parthekelam

KUALA LUMPUR: Ikon muzik tempatan, Havoc Brothers, menempa nama dalam industri filem Malaysia dengan arahan filem pertama mereka bercorak komedi-seram Kathe Ille Parthekelam.

Filem yang mula ditayangkan pada 19 September lepas dan mencatat kutipan sebanyak RM96,267.00 merekod lonjakan empat hari kemudian kepada RM415,462.50.

Dikeluarkan di bawah syarikat produksi, Havoc Film Production, dan diedarkan oleh Poketplay Films, filem ini membuka lembaran baharu bagi Mathan dan Naveen, yang dikenali secara meluas di Malaysia dan India, untuk kejayaan mereka selama 10 tahun dalam industri muzik.

Kathe Ille Parthekelam, dengan barisan pelakon (kebanyakannya muka baharu) dan kru lebih 200 orang, dilaporkan menerima sokongan hebat daripada audiens tempatan sejak mula ditayangkan.

Filem ini yang memaparkan gaya komedi Malaysia yang unik, membuatkan kebanyakan penonton ‘pecah perut’.

“Kami mahu memberikan bakat baharu peluang, dan kami gembira dengan sambutan orang ramai terhadap filem ini,” menurut Poketplay Films dalam kenyataan kepada Bernama.

Peminat filem meraikan filem ini dengan paparan komen di media sosial, menggunakan tanda pagar atau hashtag seperti #RoadTo1Mil, #KasiLetup, dan #OurMovieOurPride bagi menunjukkan sokongan mereka, yang pastinya mencetuskan gelombang baharu dalam industri filem India di Malaysia.

Havoc Brothers menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada para peminat sambil menyatakan, “Filem ini adalah kebanggaan kami, dan berharap ia akan membuka pintu untuk lebih ramai bakat dalam kalangan rakyat Malaysia.”

Kathe Ille Parthekelam masih ditayangkan di pawagam di 40 lokasi di seluruh negara. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Filem Tegkang menang Anugerah Pembikin Filem Baru Terbaik
Next: Masih sayang, Fattah belum setuju ceraikan Fazura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.