Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • FIFA sahkan bandar tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027
  • SUKAN

FIFA sahkan bandar tuan rumah Piala Dunia Wanita 2027

Utusan Sarawak 1 day ago
PRESIDEN FIFA Gianni Infantino. Foto AFP

RIO DE JANEIRO: Bandar-bandar di Brazil yang dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Wanita Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2027 telah diumumkan, lapor PA Media/dpa.

Badan induk bola sepak dunia, FIFA pada Rabu mengesahkan stadium-stadium yang akan digunakan untuk kejohanan itu, tetapi belum mendedahkan lokasi bagi perlawanan pembukaan dan penutup.

Perlawanan itu akan berlangsung di bandar Rio Belo Horizonte, Brasilia, Fortaleza, Porto Alegre, Recife, Rio de Janeiro, Salvador dan Sao Paulo.

“Daripada tarian samba ke frevo, dari pantai menakjubkan ke bandar kosmopolitan, dunia akan merasai tenaga, warna dan kehangatan yang hanya dapat ditawarkan oleh Brazil,” kata Presiden FIFA Gianni Infantino.

“Kami akan terus bekerjasama rapat dengan bandar tuan rumah terpilih dalam perjalanan menarik ini, mencipta detik yang tidak dapat dilupakan di setiap stadium pada 2027 serta memastikan kejohanan ini memberi impak positif yang meluas,” tambahnya.

Proses pemilihan bandar tuan rumah bermula pada Ogos 2024 apabila pasukan khas FIFA melawat 12 bandar calon untuk menilai infrastruktur dan kemudahan.

Bandar tuan rumah dijangka menerima kunjungan pakar operasi FIFA dalam masa terdekat bagi memulakan perancangan operasi. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Kejohanan Merentas Desa buktikan murid pendidikan khas mampu bersaing
Next: Amorim mahu perhitungan bersama Tottenham lebih bermakna

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.