Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Festival Musim Bunga bermula 24 – 25 April, anjuran Kelab Toastmasters UTS
  • Tengah
  • WILAYAH

Festival Musim Bunga bermula 24 – 25 April, anjuran Kelab Toastmasters UTS

Utusan Sarawak 3 weeks ago
KELAB Toastmasters Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menjemput orang ramai untuk mengunjungi Festival Musim Bunga di kampus UTS bermula 24 hingga 25 April ini.

SIBU: Kelab Toastmasters Universiti Teknologi Sarawak (UTS) menjemput orang ramai untuk mengunjungi Festival Musim Bunga di kampus UTS bermula 24 hingga 25 April ini.

Pengerusi penganjur, Marieanne Landi Gat berkata, acara itu akan bermula pada 5.00 petang hingga 10.30 malam dan menampilkan rangkaian gerai menjual kraf buatan tangan dan makanan serta minuman tempatan.

“Kami telah mengadakan pasar Krismas pertama pada 2023 dan ia merupakan satu kejayaan yang hebat. Itu menandakan kejayaan bagi kelab kerana ia adalah acara yang dianjurkan oleh pelajar. 

“Tahun ini, kami memutuskan untuk meneruskannya tetapi bukan Krismas, kami melakukannya pada masa ini dan kami memanggilnya Festival Musim Bunga. 

“Kami sangat teruja untuk mewujudkan suasana perayaan yang menggalakkan kreativiti, kerjasama, dan penglibatan komuniti. Dan ini adalah sebahagian daripada projek mengumpul dana untuk kelab (Toastmaster),” katanya.

Menurutnya, semua ini dilakukan dengan bimbingan daripada Pengarah Kawasan Dr Renco Yong dan ahli toastmaster kanan lain. 

Majlis perasmian festival itu akan diadakan pada 24 April jam 5.30 petang dan Ahli Majlis dari Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Kaunselor Kevin Lau dijangka merasmikan pembukaannya. 

Katanya, terdapat pelbagai program sepanjang acara dua hari itu, termasuk pertandingan Table Topics, karaoke, malam wayang, persembahan pancaragam, pertandingan mewarna kanak-kanak dan banyak lagi.

“Untuk malam filem Krismas, tiket dijual sekarang pada harga RM5 setiap tiket. Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan Shirley di talian 013-7908336. 

 100 pelawat pertama untuk setiap hari akan menerima pek kecil hadiah percuma.

“Saya berharap orang Sibu akan datang dan menyokong acara kami.  Ini juga sebahagian daripada pengalaman pembelajaran kami selaras dengan matlamat Toastmasters International untuk mempromosikan kemahiran komunikasi dan kemahiran kepimpinan,” kata beliau.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kedai kopi sekitar bandar Sibu diperiksa
Next: Kejohanan Memancing Laut Dalam Antarabangsa Miri bermula 20 – 23 Mei depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.