Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Festival Kebudayaan Kanowit berpotensi jadi produk pelancongan utama Sarawak
  • SEMASA

Festival Kebudayaan Kanowit berpotensi jadi produk pelancongan utama Sarawak

Utusan Sarawak 5 hours ago
 MENTERI Perpaduan, Dato Sri Aaron Ago Dagang semasa merasmikan Festival Kebudayaan Kanowit (KCF) di Tebingan Sungai Kanowit hari ini.

KANOWIT: Festival Kebudayaan Kanowit (KCF) yang julung kali diadakan di daerah ini berpotensi menjadi produk pelancongan utama Sarawak menerusi keunikan budaya pelbagai kaum yang dipersembahkan sepanjang penganjurannya.

Menteri Perpaduan, Dato Sri Aaron Ago Dagang berkata, festival yang berlangsung selama dua minggu itu bukan sahaja menjadi acara yang dinanti-nantikan penduduk setempat, malah mampu menarik kehadiran pelancong dari dalam dan luar negara.

“Saya difahamkan festival ini merupakan aktiviti yang amat rancak dan sentiasa dinanti-nantikan oleh seluruh penduduk di Daerah Kanowit.

“Kita berharap program sebegini, melalui hebahan media yang meluas, akan menjadi produk pelancongan utama buat para pelancong yang berkunjung ke Malaysia, khususnya ke Sarawak bagi menyaksikan keunikan budaya kita di sini,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian festival itu di sini, hari ini.

PEGAWAI Daerah Kanowit Cerisologo Sabut (berdiri kiri) menyampaikan cenderahati kepada Dato Sri Aaron Ago Dagang sebagai tanda penghargaan merasmikan Festival Kebudayaan Kanowit (KCF) di Tebingan Sungai Kanowit hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kanowit berkata, kementeriannya sentiasa memberi perhatian terhadap penganjuran program berunsurkan perpaduan kerana ia mampu menghimpunkan masyarakat pelbagai etnik, agama dan bangsa dalam suasana harmoni.

“Festival ini membuktikan masyarakat berbilang kaum dapat bersama-sama menjayakan pelbagai aktiviti sepanjang penganjuran tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Aaron menambah bahawa festival itu turut menjadi acara pembukaan kepada sambutan Hari Gawai yang akan disambut pada 1 Jun depan.

Beliau berharap Festival Kebudayaan Kanowit dapat diteruskan sebagai acara tahunan peringkat daerah berikutan sambutan meriah yang diterima daripada masyarakat setempat.

Program tersebut turut menyaksikan penyampaian hadiah kepada pemenang Perbarisan Niti Daun 1.0 sempena KCF, dengan johan dimenangi Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kanowit, diikuti Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kanowit sebagai naib juara dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kanowit di tempat ketiga.

Turut hadir Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ngemah, Anyi Jana; ADUN Machan, Allan Siden Gramong dan Pegawai Daerah Kanowit Cerisologo Sabut.

Oleh Tarani Lanting

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: KPM arah sekolah semak segera aspek keselamatan
Next: Letusan Gunung Dukono: Tiada rakyat Malaysia dilapor terlibat – Kedutaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.