Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Fatimah terima kunjungan MACMA
  • TEMPATAN

Fatimah terima kunjungan MACMA

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Dato’ Sri Fatimah Abdullah merakam gambar bersama delegasi Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA) Sarawak di kediaman beliau, baru-baru ini.

KUCHING: Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-kanak, Dato’ Sri Hajah Fatimah Abdullah menerima kunjungan hormat dari Persatuan Muslim Cina Malaysia (MACMA) Sarawak di kediaman beliau.

Rombongan yang dihadiri oleh sembilan delagasi diketuai oleh Pengerusi MACMA Sarawak, Tony Ong Abdullah.

Tujuan kunjungan hormat adalah untuk membincangkan perkara yang berkaitan dengan aktiviti MACMA Sarawak sepanjang 2019, 2020 dan pasca Covid-19. 

Ia juga bertujuan merapatkan jurang bagi memastikan bahawa setelah proses penukaran, orang yang baharu memeluk Islam dapat mengasimilasi, mengintegrasikan dan mengikuti ajaran Islam.

Sejarah mualaf di Sarawak yang bermula dengan Urusetia Saudara Baru, kemudian pada 1996, MACMA Sarawak ditubuhkan dan diperkenalkan.

Fatimah berkata, beliau sangat gembira melihat MACMA masih aktif sehingga kini.

“Ini kerana sangat sukar untuk mengekalkan aktiviti Badan Bukan Kerajaan (NGO) terutama berasaskan agama kecuali mereka mempunyai pemimpin yang sangat komited dan pasukan jawatankuasa yang baik,” katanya

MACMA juga membantu para mualaf untuk berasimilasi dalam masyarakat untuk mengadopsi, menyesuaikan diri dan mempelajari cara hidup baharu.

“Sumbangan yang sangat signifikan oleh mereka yang baharu menganuti Islam dan walaupun mereka telah masuk Islam, hubungan keluarga masih ada yang mana hubungan antara mereka dan ibu bapa mereka masih sama. Ia membantu mengubah persepsi kita,” tambahnya.

Fatimah turut mengucapkan tahniah kepada MACMA Sarawak kerana dapat mengubah persepsi masyarakat umum apabila seseorang menukar agama mereka.

Dari awal yang sederhana, hingga kini, persatuan ini mempunyai lebih dari 600 ahli dan semakin menunjukkan kemampuannya untuk menangani cabaran dan masalah bagi memenuhi objektif penubuhannya.

Bagi mereka yang memerlukan maklumat lanjut mengenai MACMA, boleh hubungi 082-232791 atau e-mel ke macmaswk@gmail.com.

Continue Reading

Previous: Penumpang kapal tunda terperangkap
Next: Petronas iktiraf hak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.