Fast Culture Auto Festival 2025 terima sambutan hangat pencinta automotif Sarawak

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ELEGAN… Antara pelbagai jenama kereta yang menyertai Fast Culture Auto Festival 2025 ditampilkan untuk tontonan umum. FotoNorman B.

PETRA JAYA: Fast Culture Auto Festival 2025 yang berlangsung hari ini di Stadium Sarawak, di sini mencatatkan penyertaan luar biasa dengan kehadiran sekitar 700 kenderaan pelbagai jenama.

Acara ini berjaya menarik perhatian pengunjung terdiri daripada peminat dunia automotif bukan sahaja dari Malaysia, tetapi juga dari Jepun, Thailand, Singapura, Brunei, Itali, dan Australia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu festival automotif paling dinanti di rantau ini.

Malam ini Fast Culture Music Festival menampilkan persembahan Danilla, Biak Ijal, Joe Flizzow X Sonaone, Adruce Azman, White Chorus dan Drasska.

Esok merupakan hari kedua Fast Culture Auto Festival 2025 menampilkan beberapa acara menarik dan pada sebelah malamnya peminat muzik akan dihiburkan dengan persembahan No Good, S.O.G, Efek Rumah Kaca, OAG, Hujan dan Feel Koplo.

Oleh Norman B.