Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Fasiliti sukan di Sarikei akan dinaik taraf
  • SUKAN

Fasiliti sukan di Sarikei akan dinaik taraf

Utusan Sarawak 5 years ago
TEMU BUAL… Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah ketika ditemubual para pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri di Pusat Inovasi Sarikei, pagi kelmarin.

SARIKEI: Kerajaan Sarawak akan menaik taraf beberapa fasiliti sukan di Sarikei untuk memastikan bahagian ini terus menjadi pengeluar atlet-atlet sukan yang akan mengharumkan nama Sarawak, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Katanya, Sarikei merupakan antara salah satu dari bahagian di Sarawak yang mengeluarkan ramai atlet-atlet negeri dan juga antarabangsa.

“Kita juga mengakui standard kejurulatihan terhadap atlet-atlet sememangnya begitu tinggi sekali sebab itu kita memberi penekanan mengenai kemudahan-kemudahan sukan agar ia dapat dinaiktaraf supaya kita sentiasa akan mengeluarkan lebih ramai lagi atlet berbakat dari Sarikei.

“Antara fasiliti sukan yang kita akan naiktaraf ialah kompleks sukan dan perkara berkaitan dengan kompleks sukan seperti gym dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual para pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Pembangunan Negeri di Pusat Inovasi Sarikei, pagi kelmarin.

Tambahnya, selain daripada itu, sebuah kolam renang baharu akan dibina di Sarikei.

“Harapan kita dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti ini, kita akan dapat mengeluarkan lebih ramai lagi bakat-bakat baharu dan bakat-bakat yang sedia ada kita dapat pertingkatkan lagi untuk mewakili negeri dan negara,” ujarnya.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Pemain Arsenal perlu kekal tenang
Next: Terima kasih pemain

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.