Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Fasa peralihan monsun mulai 24 Sept hingga awal November ini 
  • NASIONAL

Fasa peralihan monsun mulai 24 Sept hingga awal November ini 

Utusan Sarawak 8 months ago

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Fasa peralihan monsun dijangka bermula 24 Sept dan berterusan sehingga awal November ini, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah.

Beliau berkata permulaan fasa itu menandakan berakhirnya Monsun Barat Daya yang telah bermula sejak 17 Mei lepas dan rantau negara diramal akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

“Situasi ini boleh menggalakkan kejadian ribut petir yang lazimnya membawa hujan lebat berserta angin kencang dalam jangka masa yang singkat terutamanya pada waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah serta barat dan tengah Sarawak.

“Keadaan cuaca sebegini berpotensi menyebabkan banjir kilat, pokok tumbang serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, MetMalaysia menasihati orang ramai untuk lebih berwaspada sepanjang tempoh tersebut serta sentiasa peka mengikuti ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh pihaknya melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi Jabatan.

Orang ramai juga boleh menghubungi Hotline Jabatan 1-300-22-1638 bagi sebarang pertanyaan lanjut.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: (Kemaskini) Rombongan 68 penjawat awam ke Berlin, Jerman hadiri pameran kecil, diarah batal
Next: Kerajaan pastikan warisan etnik Sabah, Sarawak terus hidup – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.