Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Erdogan lawat Hagia Sophia secara mengejut
  • GLOBAL

Erdogan lawat Hagia Sophia secara mengejut

Utusan Sarawak 5 years ago
PRESIDEN Tuki, Recep Tayyip Erdogan (tengah) melambaikan tangan selepas melawat bangunan Hagia Sophia Ahad lepas, • Foto AFP

ISTANBUL: Presiden Turki,Recep Tayyip Erdogan membuat lawatan mengejut ke Hagia Sophia pada Ahad lalu, beberapa hari sebelum umat Islam dijadualkan mengerjakan solat Jumaat berjemaah pada 24 Julai ini selepas ikon unik itu dijadikan sebuah masjid.Dalam satu lawatan yang dianggap sebagai pemeriksaan, Erdogan melihat kerja kerja pengubahsuaian, kata pejabat presiden.

Diyanet iaitu pihak berkuasa agama di negara itu berkata, ikon Kristian sepatutnya dipisahkan melalui cara yang sesuai dalam bangunan tersebut.”Sasaran kami ialah mengelakkan lukisan yang menggunakan teknik fresko dirosakkan,” kata jurucakap Erdogan, Ibrahim Kalin dalam satu temu ramah televisyen pada Ahad lalu.

Masih tidak jelas sama ada Presiden Turki itu merupakan antara kira-kira 500 penganut Islam yang akan bersolat Jumaat.Sebelum ini, Mahkamah Tertinggi Turki membuka jalan kepada kerja pengubahsuaian itu dalam satu keputusan membatalkan status muzium Hagia Sophia yang
berkuat kuasa hampir seabad lalu.

Bangunan abad keenam Masihi itu dibuka kepada orang ramai tanpa mengira kepercayaan sejak ia menjadi muzium pada 1935.– AFP

Continue Reading

Previous: 189 maut dibadai banjir
Next: Dua menteri Brazil positif Covid-19

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.