KELAB Liga Perdana Inggeris (EPL) akan memilih cadangan untuk kembali menjalani latihan penuh pada Khamis ketika liga divisyen satu Inggeris itu berusaha mengambil langkah untuk menyambung semula musim ini bulan depan.
Garis panduan kerajaan UK yang dikeluarkan pada Ahad memungkinkan untuk mengembalikan latihan “hubungan dekat”, termasuk takel, untuk membantu pemain meningkatkan kecergasan perlawanan mereka sebelum kembali ke perlawanan kompetitif.
“Latihan jenis ini akan dimulakan dengan ‘kelompok’ 2-3 atlet yang lebih kecil dan akhirnya maju ke kumpulan yang lebih besar dari 4-12 atlet, dan akhirnya latihan penuh pasukan,” tambah nasihat kerajaan.
Kelab Liga Perdana kembali berlatih dalam kumpulan kecil dan penjarakkan sosial minggu lalu.
Pemain dan pengurus akan dimaklumkan dalam pertemuan pada hari rabu sebelum cadangan tersebut diundi oleh 20 kelab.
Hasil ujian pusingan terbaru Covid-19, yang berlangsung pada hari Selasa dan RABU, juga akan diterbitkan pada hari Khamis.
Sebilangan kecil ujian positif daripada dua pusingan pertama ujian di kelab Liga Perdana Inggeris telah menimbulkan harapan untuk kembali pada bulan Jun.
Lapan kes Covid-19 di kalangan pemain dan kakitangan telah dikesan daripada 1,744 ujian dalam Liga Perdana.
Dalam Liga Kejuaraan, hanya dua ujian positif yang didaftarkan daripada 1,014 ujian.
Cara untuk meneruskannya sekira terdapat ujian positif setelah latihan penuh dimulakan semula adalah salah satu topik yang akan dibincangkan oleh kelab akhir minggu ini.
Tarikh menyambung semula musim yang disasarkan pada 12 Jun digambarkan oleh ketua eksekutif Liga Perdana, Richard Masters minggu lalu sebagai “staging post”.
Pemain dan jurulatih berpendapat bahawa mereka memerlukan sekurang-kurangnya akhir bulan Jun untuk mengurangkan risiko berlakunya kecederaan setelah lama tidak beraksi.
Tidak ada aksi dalam Liga Perdana sejak 9 Mac – AFP