Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Enrique tampil aksi memuaskan – Ken Nee
  • SUKAN

Enrique tampil aksi memuaskan – Ken Nee

Utusan Sarawak 1 month ago
TEMU BUAL… Yeoh Ken Nee bercakap ketika sesi temu bual di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Pengarah Teknikal Program Terjun Kebangsaan Yeoh Ken Nee berpuas hati dengan persembahan yang ditampilkan penerjun muda negara, Enrique Maccartney Harold pada Piala Dunia Terjun 2025 di Guadalajara, Mexico Sabtu lalu.

Menurut Ken Nee, Enrique, 19, berasal dari Sarawak itu berjaya mencapai markah kelayakan minimum yang ditetapkan, namun masih perlu memperkemaskan aspek teknikal dalam terjunan.

“Enrique setakat ini menunjukkan prestasi yang sepadan dan berjaya mencapai skor kelayakan minimum. Bagaimanapun, dia kurang bernasib baik untuk mara ke final kerana saingan yang sangat sengit, terutama sekali daripada penerjun tuan rumah yang menunjukkan peningkatan ketara.

“Namun, ini berita baik buat acara platform lelaki negara,” katanya ketika dihubungi hari ini.

IMBAS KEMBALI… Aksi penerjun muda negara, Enrique Maccartney Harold.

Dalam aksi kelayakan di Mexico, Enrique menamatkan saingan di tempat ke-13 dengan kutipan keseluruhan 372.05 mata.

Sementara itu, ketika diminta mengulas prestasi ratu terjun negara Datuk Pandelela Rinong, Ken Nee mengakui atlet Olimpian itu gagal mencapai markah kelayakan minimum, iaitu 290 mata.

Bagaimanapun, beliau memuji peningkatan prestasi Pandelela berbanding penampilan terakhirnya pada kejohanan tahun lepas.

“Prestasi Pandelela menunjukkan perkembangan positif. Tahun lalu, dia meraih 258.80 mata di Terbuka Malaysia dan kali ini berjaya mencatat 267.85 mata.

“Saya berharap markah itu akan terus meningkat apabila beraksi di Piala Dunia Terjun di Windsor, Kanada hujung minggu ini,” katanya.

Untuk rekod, Pandelela turut terlepas slot final 10m platform individu wanita selepas menamatkan saingan di tempat ke-13 dengan mengumpul 267.85 mata pada pusingan kelayakan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: BAC 2025: Wan Arif – Roy King sasar layak ke suku akhir
Next: Miasim 083 juarai Pertandingan Futsal Piala Datuk Mong Dagang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.