Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Enjin terbakar, pesawat AirAsia selamat mendarat di KLIA 2
  • SEMASA

Enjin terbakar, pesawat AirAsia selamat mendarat di KLIA 2

Utusan Sarawak 2 months ago
PIHAK JBPM Selangor menerima panggilan berhubung pendaratan kecemasan pesawat pada 10.37 malam, sebelum menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama sembilan anggota ke lokasi. 

SHAH ALAM: Penerbangan Air Asia AK128 dalam perjalanan ke Shenzhen, China terpaksa berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2) sejurus berlepas, kerana dilaporkan berlaku kebakaran enjin di sebelah kanan pesawat.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung pendaratan kecemasan pesawat pada 10.37 malam, sebelum menggerakkan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) bersama sembilan anggota ke lokasi. 

Beliau berkata pesawat yang berlepas pada 9.59 malam dan membawa 171 penumpang serta anak kapal itu, mendarat dengan selamat pada 12.08 tengah malam di KLIA 2 dengan api telah dipadamkan.

“Pegawai Operasi melaporkan pesawat jenis Airbus A320-216 itu mengalami kerosakan pada Pneumatic Ducting Burst dan api telah dipadamkan oleh sistem Halon dalam pesawat sebelum pesawat mendarat,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata bomba kemudiannya bertindak membantu mengeluarkan mangsa daripada pesawat dan memastikan tiada lagi punca api sehingga selesai.

Beliau berkata operasi oleh Balai Bomba dan Penyelamat KLIA itu, turut melibatkan tiga anggota daripada pasukan Perkhidmatan Bomba dan Menyelamat Lapangan Terbang (AFRS). – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak
Next: Pejabat LHDN ditutup dua hari sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.