Enjin jana kuasa telekomunikasi terbakar di Betong

Facebook
WhatsApp
ANGGOTA bomba sedang memadamkan kebakaran pada enjin jana kuasa telekomunikasi di Kabok Spak, Jalan Ulu Layar telah terbakar dekat sini pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

BETONG: Enjin jana kuasa milik syarikat telekomunikasi yang terletak di atas bukit dekat Kabok Spak, Jalan Ulu Layar telah terbakar pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Betong telah menerima panggilan daripada penduduk berhubung kebakaran itu sekitar 10.13 pagi.

KEBAKARAN pada enjin jana kuasa telekomunikasi di Kabok Spak, Jalan Ulu Layar telah terbakar dekat sini pagi tadi. Foto PGO Bomba Sarawak

“Kebakaran telah melibatkan enjin jana kuasa milik syarikat telekomunikasi yang terletak di atas bukit telah terbakar 100 peratus. 

“Anggota bomba menggunakan dua unit alat pemadam api dan satu aliran 400 kaki pam jentera untuk memadam kebakaran tersebut,” katanya.

PGO berkata kebakaran tidak melibatkan mangsa.

Terdahulu, seramai lapan anggota bomba yang diketuai Pegawai Bomba Kanan 2, Abdul Kadir Sebie telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

Oleh Adi Safarman

Kuarters sekolah lama musnah 100 peratus dalam kebakaran

BEKENU: Sebuah kuarters Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Luar Bandar Miri jenis tidak kekal satu tingkat yang sudah lama dan tidak berpenghuni musnah 100 peratus dalam kebakaran di sini hari ini. Bangunan berukuran kira-kira 30 x 20 kaki persegi itu terbakar sepenuhnya ketika pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah tiba di lokasi. Menurut kenyataan BBP Batu Niah, panggilan kejadian itu telah diterima pada 9.31 pagi dan sepasukan anggota bergegas ke lokasi sejauh 63 kilometer.  “Tiba di lokasi pada 10.30 pagi dan beberapa pekerja yang berada di lokasi turut berusaha memadam kebakaran menggunakan sumber air daripada paip berhampiran sementara menunggu ketibaan pasukan bomba. “Hasil pemeriksaan awal mendapati kuarters berkenaan merupakan bangunan lama dan usang serta tidak mempunyai sambungan bekalan elektrik selain tidak berpenghuni. “Pasukan Keluaran Operasi (PKO) BBP Batu Niah menjalankan penilaian awal sebelum melaksanakan operasi pemadaman menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua pancutan air daripada pili bomba berhampiran,” kata kenyataan itu.  Katanya, pasukan bomba berjaya mengawal dan memadam kebakaran sepenuhnya sebelum operasi diteruskan dengan kerja-kerja pemeriksaan bagi memastikan tiada lagi bahagian yang berpotensi menyebabkan kebakaran semula. “Pasukan turut memasang sawar keselamatan di lokasi kejadian sebelum operasi ditamatkan dan keadaan disahkan selamat,” katanya lagi.  Punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Turut berada di lokasi ialah dua anggota dari Balai Polis Bekenu bagi membantu kawalan dan keselamatan di tempat kejadian.