Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • Enam penghuni selamat dalam kebakaran rumah di Jalan Nyatoh, Lanang
  • KEBAKARAN

Enam penghuni selamat dalam kebakaran rumah di Jalan Nyatoh, Lanang

Utusan Sarawak 7 hours ago
KEADAAN rumah yang musnah dalam kebakaran di Jalan Nyatoh, Lanang, namun semua enam penghuni berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan. Foto JBPM Zon Sibu

SIBU: Enam penghuni sebuah rumah berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Jalan Nyatoh, Lanang di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 8.20 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati rumah jenis tidak kekal itu sedang marak terbakar.

“Pasukan bomba kemudian menjalankan operasi pemadaman secara ofensif dan defensif menggunakan dua salur bantu mula, selain membentang hos sepanjang 200 kaki dari pili bomba berhampiran.

 PASUKAN BOMBA…Sedang menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran rumah di Jalan Nyatoh Lanang, pagi tadi. Foto JBPM Zon Sibu

“Rumah itu musnah sepenuhnya dalam kebakaran berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera kerana semua penghuni sempat keluar menyelamatkan diri sebelum api merebak.

“Operasi pemadaman berjaya dikawal pada 8.50 pagi dan tamat sepenuhnya pada 9.35 pagi.

Turut membantu dalam operasi ialah enam anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan enam anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” ujarnya.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Lori kontena kosong terbakar di Luak Bakam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.