Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Enam kes import baharu di China
  • GLOBAL

Enam kes import baharu di China

Utusan Sarawak 5 years ago
ORANG ramai memakai penutup hidung dan mulut pada waktu puncak di sebelah pagi di jalan raya di Beijing. • Foto AFP

BEIJING: Pihak berkuasa China semalam menerima laporan enam kes disahkan Covid-19, dengan tiga daripadanya adalah kes import.

Menurut Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NCH), tiga kes lagi adalah domestik iaitu dua dilaporkan di Wilayah Jilin dan satu di Wilayah Hubei, namun sehingga Isnin, tiada sebarang kematian direkodkan, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Isnin, tiga pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital, manakala jumlah kes yang kritikal meningkat dua hingga 10 orang.

Jumlah keseluruhan kes Covid-19 setakat ini disahkan mencecah 82,960 kes termasuk 85 pesakit masih lagi dirawat, 78,241kes sudah sembuh dan 4,634 kematian.

Selain itu, jumlah kes import direkodkan ialah 1,707kes dan daripada jumlah itu, 1,661 kes sudah sembuh dan 46 masih lagi berada di hospital dengan tiga pesakit dalam keadaan kritikal, namun tiada kematian kes import dicatatkan.

Menurut NHC lagi, sebanyak 5,054 kes kontak rapat masih di bawah pemerhatian selepas 292 dibenarkan keluar daripada pemerhatian perubatan.

Dalam pada itu, suruhanjaya turut melaporkan sebanyak 1,055 kes tidak bergejala, termasuk 29 kes daripada luar negara yang masih di bawah pemerhatian.

Selain itu, sebanyak 1,055 kes disahkan termasuk lima kematian dilaporkan di Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong, 45 kes di Macau dan 440 di Taiwan termasuk tujuh kematian.

Secara keseluruhannya, 1,025 pesakit di Hong Kong, 44 di Macau dan 398 di Taiwan yang sudah dibenarkan keluar daripada hospital. – AFP

Continue Reading

Previous: Bedilan roket berhampiran kedutaan AS
Next: Gempa 5.0 magnitud di China, 4 MAUT

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.