Enam kenderaan musnah terbakar di bengkel

Facebook
WhatsApp

MIRI: Enam kenderaan yang sedang dibaiki di sebuah bengkel di Jalan Lutong-Kuala Baram, musnah dalam kebakaran petang ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.42 petang itu, empat kenderaan terbakar sepenuhnya manakala dua lagi rosak sekitar 30 peratus.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya pada awalnya menerima laporan kebakaran rumput sebelum mendapati kebakaran sebenar melibatkan beberapa kenderaan di bengkel berkenaan.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong digerakkan ke lokasi yang terletak kira-kira satu kilometer dari balai.

“Setibanya di lokasi, komander operasi mendapati kebakaran melibatkan enam kenderaan dan anggota segera menjalankan operasi pemadaman menggunakan dua aliran serta dua pancutan air,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kebakaran berjaya dikawal pada 3.08 petang sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 3.24 petang.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam insiden itu.

Punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Oleh Liong Chai Ling

Enjin Pajero terbakar di Jalan Nanas

KUCHING: Sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Mitsubishi Pajero mengalami kebakaran di bahagian enjin dalam kejadian di hadapan Sekolah Jenis