Enam individu positif dadah ditahan dalam Ops Cegah AADK Kuching

Facebook
WhatsApp
AADK Daerah Kuching menjalankan Ops Cegah Bil. 63/2026 di beberapa lokasi sekitar Kuching yang membawa kepada penahanan lapan individu untuk saringan air kencing. Foto AADK daerah Kuching.

KUCHING: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kuching menahan enam individu selepas disahkan positif dadah dalam Ops Cegah Bil. 63/2026 yang dijalankan di beberapa lokasi tumpuan di sini.

Operasi pengesanan Orang Yang Disyaki (OYDS) itu dijalankan di Pasir Pandak, Taman Dahlia Matang, Kampung Parit Lama, Jambatan Datuk Amar Juma’ani dan Kampung Tanjong Bako.

Menurut kenyataan AADK Daerah Kuching, seramai lapan individu ditahan untuk menjalani saringan air kencing, namun hanya enam daripadanya disahkan positif penyalahgunaan dadah manakala dua lagi didapati negatif.

“Kesemua individu yang positif merupakan lelaki berusia antara 19 hingga 40 tahun.

“Hasil saringan awal mendapati empat kes melibatkan penyalahgunaan methamphetamine, masing-masing satu kes melibatkan benzodiazepine dan ketum,” menurut kenyataan itu semalam.

Susulan itu, tindakan diambil mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 membabitkan enam kes, selain lima kes di bawah Seksyen 4(1)(a) dan satu kes di bawah Seksyen 6(1)(b) akta sama.

AADK Daerah Kuching menegaskan akan terus mempergiat operasi pengesanan dan penguatkuasaan secara berterusan bagi membendung penyalahgunaan dadah, di samping memperluas usaha pencegahan, rawatan dan pemulihan ke arah mewujudkan komuniti yang lebih selamat serta bebas daripada ancaman dadah.

Polis buru pemandu langgar lari

BAU: Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan yang dipercayai terlibat dalam kemalangan langgar lari membabitkan seorang pejalan kaki di KM8.5,

Wanita rugi RM317,000 diperdaya sindiket bomoh

SIBU: Seorang wanita tempatan berusia lingkungan 70an kerugian RM317,000 selepas diperdaya dua wanita yang menawarkan rawatan tradisional dan upacara perlindungan dalam