Enam dicekup dalam operasi pencegahan dadah

Facebook
WhatsApp
TUMPAS … Suspek ditangkap dan ditahan.

KUCHING: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Serian menagkap enam belia berumur 20-an di kawasan Siburan semasa operasi pencegahan dadah.

Ujian dibuat ke atas suspek dan dua di antara mereka didapati positif kerana mengambil syabu.

Mereka ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983

AADK Bahagian Serian menyeru mereka yang mempunyai maklumat berkenaan pengunaan dadah supaya menghubungi cawangannya di talian 082-872206 atau di laman Facebook Serian District AADK.