Enam cedera selepas jambatan runtuh di Filipina

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
PANDANGAN dari udara menunjukkan kenderaan rosak di bahagian jambatan runtuh di bandar Santa Maria, wilayah Isabela pada 28 Februari 2025. Pihak berkuasa berkata tetapi enam orang cedera dalam kejadian itu. Foto AFP

MANILA: Enam orang cedera selepas sebahagian jambatan baharu di wilayah Isabela, utara Filipina runtuh pada Khamis, lapor Xinhua yang memetik kenyataan pihak berkuasa pada Sabtu.

Pejabat pengurusan risiko bencana wilayah memaklumkan kejadian berlaku selepas sebuah lori pengangkut melintasi jambatan itu.

PEJABAT pengurusan risiko bencana wilayah memaklumkan kejadian berlaku selepas sebuah lori pengangkut melintasi jambatan itu.

Pembinaan jambatan itubermula pada 2014 dan dibuka kepada lalu lintas pada 1 Februari tahun ini.

Pemandu lori yang terlibat melarikan diri selepas kejadian tetapi menyerah diri pada pagi Jumaat dan kini berada dalam tahanan polis.

Jambatan berkenaan ditutup kepada semua kenderaan, sementara pihak berkuasa menjalankan penilaian keselamatan lanjut.

  • Bernama