Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat sekeluarga terbabit kemalangan kendiri, berjaya diselamatkan
  • KEMALANGAN

Empat sekeluarga terbabit kemalangan kendiri, berjaya diselamatkan

Utusan Sarawak 3 months ago

TERSEPIT.... Pasukan bomba mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kereta. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Sekeluarga empat orang berdepan detik cemas apabila terbabit dalam kemalangan kendiri di Jalan KJD, di sini hari ini. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, kemalangan tersebut melibatkan seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun dan seorang bayi perempuan berumur setahun lebih yang menaiki kereta jenis Perodua Myvi.

“Pihak kami (bomba) menerima panggilan kecemasan sekitar 5.27 petang. 

“Sepasukan bomba diketuai komander operasi, Mijan Pamin bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan,” katanya ketika dihubungi. 

Beliau berkata, setibanya di lokasi kemalangan, didapati seorang lelaki dewasa dalam keadaan sedar masih tersepit di tempat duduk pemandu dan tiga lagi mangsa telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum pihak bomba tiba di lokasi. 

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas. 

“Setelah berjaya dikeluarkan, mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya. 

“Operasi menyelamat di lokasi selesai sepenuhnya pada 6.50 petang,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: Warga emas maut dilanggar ketika jalan kaki
Next: Kapal kargo karam, seorang kru dikhuatiri hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.