Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Empat rumah panjang sertai Program AgriCOP
  • TEMPATAN

Empat rumah panjang sertai Program AgriCOP

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK ALBUM… Simoi Peri dan tetamu lain bergambar kenangan pada Program AgriCOP di Rumah Nyuin Gerunjong, Tawang Tengah, Tanjung Bijat, Sri Aman semalam.

SRI AMAN: Seramai 68 orang peserta dari empat buah rumah panjang di Tanjung Bijat telah mengambil bahagian dalam “Agriculture Community Outreach Programme” atau AgriCOP di Rumah Nyuin Gerunjong, Tawang Tengah, semalam Program kali keempat yang dianjur di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga itu telah diselitkan dengan taklimat cara menanam jagung, nanas dan ternakan ikan dalam tangki/ kolam.

Selain itu para peserta AgriCOP berkenaan juga turut diberikan taklimat hidroponik (NFT) yang disampaikan oleh pegawai dari Jabatan Pertanian Daerah Sri Aman.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Simoi Peri ketika berucap merasmikan program itu menasihati rakyat di kawasan luar bandar agar memanfaatkan sebaik mungkin ilmu yang mereka peroleh menerusi penganjuran AgriCOP.

Ini kerana AgriCOP menggalakkan rakyat di kawasan luar bandar menceburi bidang pertanian moden dan sekali gus membuka peluang kepada mereka untuk menjadi usahawan tani di negeri ini.

“Kerajaan Sarawak menerusi Jabatan Pertanian sedang memberi fokus untuk mempertingkat status ekonomi rakyat luar bandar di negeri ini dengan salah langkahnya adalah melaksana AgriCOP di penempatan mereka.

“Justeru saya berharap agar rakyat DUN Lingga dapat memanfaat sebaik mungkin ilmu yang diperoleh menerusi AgriCOP bagi mengubah konsep pertanian tradisional kepada konsep pertanian moden pada masa akan datang,”kata beliau.

Simoi pada program itu mengumum peruntukan sebanyak RM4,000 kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Nyuin dan Biro Wanita, selain menyerahkan Kenyalang Gold Card kepada penerima dari empat panjang di situ.

Beliau juga turut mengumumkan projek pembinaan parit konkrit bernilai RM100,000 di kawasan Rumah Nyuin di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP) DUN Lingga 2020 dan akan dilaksana sebaik sahaja selesai proses tender.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: DUN Kabong rancak membangun
Next: Angkat martabat Songket, Keringkam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.