Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Empat projek jalan konkrit siap dibina
  • Tengah
  • WILAYAH

Empat projek jalan konkrit siap dibina

Utusan Sarawak 3 weeks ago

BINTANGOR: Empat jalan konkrit di kawasan luar bandar Bintangor telah berjaya disiapkan di bawah Program Transformasi Luar Bandar (RTP), hasil inisiatif Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam merangkap Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok, Dato’ Sri Huang Tiong Sii.

Projek berkenaan melibatkan pembinaan dan penaiktarafan Jalan Hutan, Jalan Hui Huang, Jalan Hing Leong dan Jalan Sing Ping di kawasan Bakong, dengan tujuan meningkatkan kemudahan asas serta memperkukuh infrastruktur pengangkutan untuk manfaat penduduk setempat.

Huang menegaskan komitmennya untuk terus memperjuangkan pembangunan infrastruktur luar bandar.

“Pembangunan infrastruktur asas seperti jalan raya adalah antara keutamaan saya kerana ia memberi impak langsung kepada kesejahteraan rakyat.

“Kita akan terus berusaha agar setiap kampung tidak terpinggir dan mendapat akses jalan yang selesa serta selamat,” katanya dalam satu kenyataan.

Huang turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan projek ini dan berharap kemudahan yang disediakan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh masyarakat setempat.

Baru-baru ini, wakil Huang, Gung Chiu Kion telah menjalankan lawatan tapak ke keempat-empat lokasi projek berkenaan serta menyaksikan penyerahan sijil penyiapan kerja.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Penolong Jurutera Majlis Daerah Meradong dan Julau (MDMJ), Churchill Barrak bersama pasukan dari Pusat Khidmat Parlimen Sarikei.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Sikap tidak bertanggungjawab punca pencemaran
Next: Gangguan bekalan air tidak berjadual di Saratok akibat kebocoran paip utama

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.