Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Empat PBT dalam zon merah Sarawak
  • SEMASA

Empat PBT dalam zon merah Sarawak

Utusan Sarawak 5 years ago

ALEXANDRA LORNA

KUCHING: Kawasan zon merah di Sarawak iaitu di dua daerah Kuching dan Kota Samarahan dikemaskini oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) sebagai empat kawasan majlis perbandaran.

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bagi kawasan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU), 65 kes positif Covid-19 telah dikenalpasti di 26 lokasi.

“Bagi kawasan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), 47 kes positif telah direkodkan di 32 lokasi dan kawasan Majlis Perbandaran Padawan (MPP) pula mempunyai 16 kes di 12 lokasi,” katanya di sidang media Covid-19 Sarawak di Wisma Bapa Malaysia, di sini semalam.

Beliau menambah di bawah kawasan Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS), sejumlah 25 kes positif direkodkan di 14 lokasi.

“Kadar jangkitan di Kota Samarahan yang semakin bertambah setiap hari memerlukan pemantauan dan kawalan lebih rapi bagi mengawal pertambahan kadar jangkitan di Bahagian Samarahan,” kata Karim.

Beliau memberitahu sejak pagi semalam, ramai telah tampil melakukan saringan kesihatan di Dewan Suarah Kota Samarahan setelah disarankan oleh Pejabat Kesihatan Kota Samarahan.

“Mereka yang datang ini adalah daripada empat majlis atau kategori yang telah dikenalpasti oleh pihak Kesihatan untuk melakukan saringan kerana terdapat kes positif Covid-19 dari empat  majlis atau kategori tersebut.

“Harapan kita dengan cara ini, wabak ini dapat dikawal dengan lebih teratur di Kota Samarahan. 

“Sama juga untuk lain, seperti yang hadir untuk ziarah yang meninggal sebelum ini, saya berharap mereka akan membuat saringan walaupun tidak nampak sebarang simptom kerana wabak ini boleh kekal dalam badan tanpa nampak simptom,” ujarnya.

Semalam, Pejabat Kesihatan Bahagian Samarahan membuat satu pengumuman penting kepada peserta Majlis Jerayawara Wawasan Ummah Gemilang Majlis Islam Sarawak (MIS) pada 10 Mac 2020 di Dewan Suarah Kota Samarahan, staf dan pelajar SMK Kota Samarahan, Kluster Good News Fellowship, dan Individu yang terdedah dengan pesakit Covid-19.

“Sekiranya anda pernah ada simptom seperti batuk, demam, sakit tekak atau susah bernafas dan kontak rapat kepada pesakit yang positif Covid-19, anda dimohon untuk datang membuat saringan segera pada ketetapan berikut di Dewan Suarah Kota Samarahan pada 8:30 pagi sehingga 11:00 pagi dan kemudiannya pada 1:00 petang sehingga 3:00 petang, setiap hari Isnin hingga Jumaat termasuk Sabtu dan Ahad,” katanya.

Continue Reading

Previous: 76 lokasi di Kuching diisytiharkan Zon Merah Covid-19
Next: Tabung Covid-19 terima RM22 juta

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.