Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Empat maut, lima cedera dalam kemalangan tragis di Jalan Stutong
  • KEMALANGAN

Empat maut, lima cedera dalam kemalangan tragis di Jalan Stutong

Utusan Sarawak 4 months ago

KUCHING: Empat mangsa maut, manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitkan tiga kenderaan dan dua motosikal di Jalan Stutong menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, tengah hari tadi.  

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, panggilan kecemasan diterima pada 12.59 tengah hari, dengan jentera pertama tiba di lokasi kejadian, 1.07 petang. 

Katanya, operasi melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya serta BBP Batu Lintang. 

“Kemalangan tersebut melibatkan dua kereta jenis Proton Saga, sebuah Toyota Altis, dan dua motosikal jenis Yamaha serta Modenas.  

“Dalam insiden itu, tiga lelaki dan seorang wanita disahkan maut,seorang lagi mangsa wanita pula berada dalam keadaan kritikal, manakala seorang lelaki mengalami kecederaan parah.  

“Tiga lagi mangsa lelaki hanya mengalami cedera ringan. Semua mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh ambulans.  

“Pasukan bomba turut melaksanakan kerja-kerja menyelamat serta pembersihan lokasi kejadian sehingga keadaan benar-benar selamat dan terkawal,” katanya.   

Operasi menyelamat melibatkan lapan anggota menggunakan sebuah jentera FRT dan sebuah jentera EMRS.  

Kes kini dalam siasatan pihak polis untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.  

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Tiga cedera dalam kemalangan kendiri di Jalan Deshon, Sibu
Next: Mangsa kelima meninggal dunia, kereta dipercayai dipandu remaja 16 tahun

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.