Empat maut dalam letupan gas selepas lori terbalik di Chile

Facebook
WhatsApp
ASAP tebal dan api marak kelihatan di lokasi kejadian selepas sebuah lori tangki gas terbalik sebelum meletup di kawasan perindustrian berhampiran Santiago, Chile. Foto AFP

BUENOS AIRES: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala 10 lagi cedera dalam satu kejadian letupan gas di tengah Chile, menurut laporan media tempatan pada Khamis.

Menurut stesen radio Cooperativa, insiden berlaku apabila sebuah lori tangki yang membawa gas cecair terbalik sebelum meletup di sebuah kawasan perindustrian berhampiran ibu negara, Santiago.

Rakaman video yang dikeluarkan pasukan bomba Santiago menunjukkan beberapa kenderaan di kawasan parkir berhampiran musnah dan dijilat api susulan letupan berkenaan. – Bernama

Gempa bumi sederhana di Laut Bali Indonesia

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 dikesan berlaku di Laut Bali, Indonesia pada 2.10 pagi tadi.  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran