Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut dalam insiden bangunan runtuh di New Delhi
  • GLOBAL

Empat maut dalam insiden bangunan runtuh di New Delhi

Utusan Sarawak 3 hours ago
EMPAT maut dalam insiden bangunan runtuh di New Delhi. Foto agensi.

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya empat orang maut manakala sembilan yang lain cedera selepas sebuah bangunan lima tingkat runtuh di kawasan Mehrauli, New Delhi pada Sabtu malam, lapor Xinhua.

Menurut pengesahan polis tempatan pada Ahad, seorang wanita merupakan antara mangsa yang terkorban. Mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di sebuah hospital tempatan.

Polis membuka kertas siasatan terhadap pemilik bangunan itu.

“Ia merupakan sebuah bangunan komersial lima tingkat yang menempatkan banyak pejabat dan sebuah pusat tuisyen. Banyak pejabat ditutup ketika kejadian berlaku memandangkan ia hujung minggu. Apabila bangunan itu runtuh, sisa runtuhan bangunan berkenaan menghempap sebuah bangunan berhampiran, menyebabkan ramai terperangkap di bawah timbunan runtuhan,” kata seorang pegawai Polis Delhi. – Bernama 

Continue Reading

Previous: Trump dakwa lulus lagi ujian kognitif, tunjuk keputusan ‘sangat cemerlang’
Next: Mesin penyepit hadiah cetus kebimbangan di Hong Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.