Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Empat maut berebut angpau di rumah hartawan
  • GLOBAL

Empat maut berebut angpau di rumah hartawan

Utusan Sarawak 4 months ago

Gambar yang diedarkan Fresh News menunjukkan anggota kesihatan membawa mangsa yang cedera akibat kejadian rempuhan di kediaman taikun Sok Kong. - Foto AFP

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya empat maut akibat rempuhan di Kemboja selepas orang ramai berkumpul di rumah hartawan tempatan untuk menerima sampul merah Tahun Baharu Cina yang berisi wang, kata polis. 

Gambar dan rakaman yang dikongsi oleh media tempatan menunjukkan ratusan orang menolak ke arah pintu pagar besar rumah agam milik Sok Kong, sekutu rapat bekas pemimpin Kemboja Hun Sen, di pusat bandar Phnom Penh. 

“Taikun Sok Kong memberikan hadiah dan ramai orang datang ke rumahnya, berharap untuk menerimanya,” kata Sam Vicheka, jurucakap Polis Phnom Penh, kepada AFP.

“Sesetengah warga emas yang mengalami masalah kesihatan terjatuh ketika mereka menolak untuk mendapatkan sampul berkenaan dan setakat ini empat orang, dua lelaki dan dua wanita meninggal dunia,” katanya.

Lima orang lagi sedang menerima rawatan di hospital, tambahnya. 

Tidak jelas berapa banyak wang dalam setiap sampul merah, yang sering diberikan oleh keluarga kaya di Kemboja menjelang Tahun Baharu Cina. 

Sok Kong yang meraih kekayaan dalam perniagaan petrol dan membina empayar hiburan serta perhotelan, adalah antara orang terkaya di Kemboja. 

Media tempatan melaporkan bahawa gabenor Phnom Penh dan Sok Kong telah berjanji untuk memberikan sejumlah 15 juta riel (kira-kira AS$3,700) kepada keluarga setiap orang yang telah meninggal dunia, dan sekitar AS$1,000 akan diberikan kepada setiap orang yang cedera. – AFP

Continue Reading

Previous: Kebakaran hutan baharu meletus berhampiran Los Angeles
Next: Trump akan lawat California tinjau kerosakan akibat kebakaran hutan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.