
SONG: Empat mangsa mengalami kecederaan selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan kendiri di Jalan Song petang tadi.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak memberitahu, dalam kejadian yang berlaku sekitar 1.12 petang itu, seorang wanita mengalami kecederaan parah.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Song bergegas ke lokasi kejadian mendapati semua mangsa berusia 15 hingga 44 tahun telah dikeluarkan oleh orang awam sebelum ketibaan pihak bomba.
“Pasukan bomba memberikan rawatan awal dan membantu membawa seorang mangsa dari longkang ke lokasi selamat menggunakan pengusung,” katanya menerusi kenyataan.
Katanya lagi, dua mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Song oleh keluarga manakala dua lagi diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan lanjut.
Oleh Akun Giman